Keanggotaan KEKAL
Keanggotaan KEKAL
Keanggotaan KEKAL adalah terbuka kepada semua warganegara
Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaan
adalah secara sukarela dengan mengutamakan konsep perpaduan, muhibbah dan
kerjasama dikalangan anggota-anggota.
KEKAL diasaskan berpandukan prinsip yang mengutamakan
kebajikan anggota-anggota dari segi perkembangan sosio ekonomi dengan memberi
bantuan kewangan, dan pembiayaan dalam usaha meningkat lagi daya usaha dan
produktiviti anggota-anggota demi membentuk masyarakat Malaysia yang makmur
dan sejahtera.
Kemaskini Data Peribadi
Anggota KEKAL perlu mengemaskini akaun keanggotaan bagi memudahkan urusan bayaran balik kepada anggota yang membuat penyelesaian awal dan habis tempoh bayaran pembiayaan peribadi.
Perlindungan Takaful Pembiayaan Peribadi
Skim pembiayaan peribadi Koperasi KEKAL dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau ilat kekal menyeluruh kepada penerima biaya.
Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pembiayaan yang dikeluarkan oleh Koperasi KEKAL kepada penerima biaya akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.
Setiap penerima pembiaya dikehendaki menanggung segala kos perlindungan
takaful sebagaimana termaktub dalam perjanjian pembiayaan.