Ar-Rahnu X'Change
Operasi perniagaan Ar-Rahnu X'Change Tanah Merah telah berkembang pesat sejak tahun 2016 dan ianya berasaskan kepada kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993.
Menerusi sistem francais, Bank Rakyat membenarkan sesebuah koperasi untuk
memegang hak sebagai francaisi bagi menjalankan perniagaan Ar-Rahnu. Rakyat
Management Services Sdn. Bhd (RManagement), subsidiari milik penuh Bank
Rakyat bertanggungjawab sebagai francaisor dalam menguruskan operasi perniagaan
francais ini.
Pajak Gadai Ar-Rahnu X'Change Tanah Merah menawarkan pembiayaan tunai segera
dan mudah sehingga RM160,000 dengan kadar upah simpan yang rendah berdasarkan
3 prinsip Syariah.
Konsep Syariah
Al-Qardh (pinjaman tanpa faedah)
Al-Wadiah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
Al-Ujrah (upah simpan)
Syarat Gadaian
Warganegara & bukan Warganegara
Pemastautin tetap
Tidak muflis
Berumur 18 tahun ke atas
Anggota Koperasi KEKAL dan juga seluruh rakyat Malaysia yang menjadi
ahli Ar-rahnu
Margin gadaian:
Sehingga 75% daripada nilai emas marhum yang di pajak
gadai *(nilai barang kemas yang digadai)
Keistimewaan
Bebas dari unsur riba' "
Upah simpan yang rendah dan tidak membebankan
Dijamin selamat
Barang gadaian dilindungi takaful
Urusan niaga telus dan dibuat di hadapan pelanggan di dalam bilik
khas
Had Gadaian
Minimum RM 100
Jumlah terkumpul maksimum RM 160,000 atau RM10,000 sehari.
Tempoh Gadaian
Tempoh gadaian diberikan dalam gadaian 6 bulan dengan tempoh maksimum
tidak melebihi 18 bulan daripada tarikh gadaian.
Gadaian Diterima
Memiliki barang kemas (emas) 18K - 24K
Barangan emas - 22K -24K
Upah Simpan
Bayaran upah yang dikenakan berasas kepada nilai marhun yang digadaikan
adalah seperti berikut:-
Upah Simpan bermula RM 0.65 bagi setiap RM100
Penebusan Gadaian
Penebusan boleh dibuat secara sekaligus atau ansuran sebelum atau
pada tarikh matang.
Pengiraan Upah Simpan Pajak Gadai Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadaian
Konvensional
Nilai barang kemas : RM1,000
Pembiayaan : RM650
Tempoh : 6 bulan/180 hari
| US | Upah Simpan | NM | Nilai Marhun |
|---|---|---|---|
| T | Tempo(Hari) | K | Kadar |
| PAJAK GADAI AR-RAHNU | PAJAK GADAI KONVENSIONAL |
|---|---|
| US = NM X (K/100) X 12 (T/365) 1,000 x (0.65/100) x 12 x(180/365) =RM38.47 |
US = P X (2/100) X T 650 x 2% x 6 = RM78.00 |